Tahukah anda apa itu Shisha? Shisha nih panggilan dalam bahasa Arab. Kalau di India nama panggilannya Hookah. Maksudnya ‘waterpipe‘. Kononnya trend Shisha ni adalah alternatif bagi penggemar rokok. Yelah, rokok kan bahaya, banyak nikotin & racun2 yang seumpamanya. Shisha tak bahaya ker? Dulu masa trend hisap Shisha mula diperkenalkan di Malaysia rasanya ramai yang tak menganggapnya bahaya kan. Yelah, asapnya pun tak ada la busuk macam asap rokok tuh, berperisa-perisa pulak lagi. Ada Strawberry, Coke, Vanilla, dan sebagainya. Tu yang sampai ramai yang beralih pada Shisha. Bukan setakat perokok jer. Bukan perokok pun dah terjebak. Dah tak kira laki atau perempuan dah berkepul2 asap keluar dari mulut sebab hisap Shisha ni. Tapi bila ada fakta & kajian yang dah menunjukkan Kesan Bahaya Shisha 400 kali lebih bahaya dari Rokok..kesan setiap sesi Shisha sama seperti merokok lebih 50 kali..ramai penggemarnya dah tersentak! Btol ker?
Walaupun wujud persepsi buruk terhadap penggunaan shisha dalam kalangan masyarakat umum, segelintir orang masih ketagih dengan amalan popular dari Asia Barat ini. Kemunculan shisha masih baru di negara ini, namun pengaruhnya cukup menakjubkan.
Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.












0 comments:
Post a Comment